Masjid Hadhari Jerteh, Besut, Terengganu merupakan masjid yang terletak
di pinggir Bandar Jerteh, sebuah bandar yang menjadi Pusat Ekonomi.
Masjid ini dilengkapi kemudahan Makmal Komputer, Gerai Makan dan juga
Kemudahan Wi-Fi secara percuma turut tersedia di dalam Masjid ini.
Tambah menarik lagi, lokasi masjid ini yang bersebelahan dengan sungai
juga menjadikan satu daya penarik dan ikon baru Bandar Jerteh.
Followers
Tuesday, June 18, 2013
Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu
Monday, June 17, 2013
Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau
para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya.
Selain itu, para pengunjung ke Kuala Besut juga berpeluang untuk mendapat
pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing,
bermain wau dan lain-lain lagi.
Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Boleh
dilawati melalui jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh.
Melalui jalan dari Kuala Besut ke Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada
laluan tepi jalan untuk ke sana.
Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari
Bandar Jerteh juga merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah
ini. Ianya juga sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang
menjadi sumber tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang
bersih dan bukit yang tersergan megah itu.
Disini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat,
restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi. Kehijauan hutan
yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Pantainya yang bersih dan
lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari
kejauhan, menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para
pengunjung. Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat
sambil menghirup udara segar disini.
Anda boleh menjelajah setiap pantai yang ada disini melalui pelantar pejalan kaki yang disediakan, Jangan lupa untuk masuk berjalan kedalam gua-gua yang ada dan menikmati keindahan semula jadinya. Abadikan kedatangan dipantai ini menerusi lensa kamera anda bersama keluarga atau teman-teman. Jika anda berhajat ingin bermalam, terdapat resort berhampiran pantai ini yang boleh anda tempah.
Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang
melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen. Tidak sah
sekiranya berkunjung di sini tanpa menikmati pemandangan indah dari puncak
tangga Bukit Keluang.
Subscribe to:
Posts (Atom)